Saturday 22 September 2012

PeNjaGAan TuDung..


~ Material Polyester
Ciri-ciri terbaiknya :
  • tidak mudah renyuk, penebat haba yang baik, tahan sinaran matahari, cepat kering
Penjagaan Tudung ~ Cara Cuci
  • Jangan basuh menggunakan mesin basuh.Awning tudung akan rosak!
  • Setiap kali membasuh asingkan dengan kain yang lain.Amalkan membasuh tudung bersama tudung yang lain sahaja.
  • Gunakan pelembut pakaian untuk bilasan yang terakhir sahaja tetapi jangan rendam.
  • Rendaman yang terlalu lama merosakkan gentian kain tudung.
Sila Ikuti Label Jagaan Tekstil Antarabangsa:


 Cuci lembut dengan tangan dengan suhu  40°C.
  Sesuai untuk fabrik polyester.




Cuci dengan tangan sahaja.

Jangan Gunakan Peluntur ( Clorox / Cecair Pemutih Pakaian )




Gosok dengan kepanasan sederhana
Suhu Maksimum  150°C


Dry Clean jika hantar ke kedai Dobi





Biarkan jatuh untuk mengering





Penjagaan Tudung ~ Cara simpan
  • Gantung Tudung di Penyangkut Tudung seperti gambar dibawah.
  • Cara ini awning tidak cepat rosak.

TiPs MeNcUci TuDuNg!!!!


a.Tudung dari bahan polyster
1.Rendam berasingan dengan air bersih yang telah dicampurkan dengan detergen secukupnya selama 15    minit.Cuci dengan tangan kemudian bilas dan perah.
2.Jangan berlebih menggunakan pelembut kain agar tidak cepat berbulu.
3.Keringkan di bawah matahari agar bau tidak melekat jika berkeadaan lembap.
4.Segera dicuci atau rendam jika terkena kotoran.
5.Setelah kering,seterika cara terbaik agar hiasan tidak rosak .kemudian gantung atau lipat.

b.Tudung dari bahan sutera.
1.Rendam berasingan dengan air bersih bercampur syampu air.
2.Tidak perlu cucian tangan,cukup dengan merendamnya selama 20 minit.
3.Celup ke dalam air bersih dan bilas tanpa memerahnya.
4.Segera dicuci apabila terkena kotoran.
5.Keringkan dengan mengangin tangan tanpa melipatnya (sepit dihujung),seterika dan gantung.

C.Tudung dari bahan kapas.
1.Rendam dengan air bersih dicampurkan dengan detergen selama 15 minit.
2.Kocak-kocakkan didalam air,bilas bersih dan diperah perlahan.
3.Keringkan dibawah matahari (jangan terlalu kering) kemudian seterika dan gantung.

d.Tudung dari bahan tenunan.
1.Rendam dengan air bersih bercampur detergen selama 15 minit.
2.Kocak-kocakkan kemudian bilas dengan air bersih dan perah.
3.Jika terkena kotoran segera cuci kerana kotoran mudah meresap pada kain tenunan.
4.Keringkan di bawah matahari kemudian diseterika (jgn terlalu panas) dan digantung.

e.Tudung dari bahan pashmina
1.Rendam dengan air bersih bercampur sedikit detergen selama 15 minit.
2.Dikocak perlahan,bilas dengan air bersih dan diperah.
3.Keringkan ditempat teduh,seterika cara terbalik dan digantung.

cArA PiLiH tUdUnG iKuT muKa..



Assalamualaikum...

Hari ni SAYA nak update info cara pilih Tudung ikut bentuk muka,
Jom kita check bentuk muka masing-masing kategori bentuk yang mana....
(* *)

Just nak bgtau...
artis yang paling SAYA minat dengan trend muslimahnya adalah..


Heliza Helmi yang cute....



sopannya dia...

Bentuk Muka Oval/bujur


Wanita yang memiliki bentuk wajah oval/bujur bebas memilih sebarang gaya tudung.
Jika anda penggemar selendang, bebas memakai apa juga jenis selendang sama ada daripada fabrik kapas, sifon atau net. Begitu juga dengan tudung siap bersengkuap atau jenis Syria.

Bentuk Muka Petak


Ciri-ciri bentuk muka berpetak adalah lebih lebar di antara pelipis manakala tulang rahang dapat dilihat dengan jelas namun bahagian dagu kelihatan samar.
Dalam mengenakan tudung, pastikan tulang rahang dapat disembunyikan di sebalik tudung.

Gunakan anak tudung supaya kesan bentuk wajah nampak memanjang. Jika ingin memakai selendang, perlu bijak menggayakannya. Elakkan gaya ikatan Bienda atau ikatan di belakang tengkuk kerana gaya ini tidak mampu menyembunyikan bahagian tulang rahang yang lebar. Pilih gaya selendang yang menjurus kepada lilitan dan menutupi rahang. Tudung siap bersengkuap juga sesuai dengan bentuk muka berpetak.

Bentuk Muka Panjang


Mereka yang mempunyai bentuk muka panjang ini dicirikan dengan dagu yang panjang. Bezanya adalah bentuk kening yang lonjong dan relatif lebih tinggi dengan jarak pelipis yang sama dengan jarak rahang. Bagi mengurangkan kedudukan kening yang tinggi, disarankan menggunakan anak tudung yang kedudukannya diletakkan ke bawah sedikit sehingga menutupi bahagian kening.

Penggunaan anak tudung Syria bersama selendang adalah disarankan kerana ia dapat membantu menutup sedikit bahagian kening yang tinggi. Seperti mereka yang mempunyai bentuk muka bujur, semua jenis selendang sesuai digayakan.

Bentuk Segitiga

Dagu panjang adalah ciri utama bentuk muka segi tiga, ditambah dengan jarak pelipis yang lebih lebar dibandingkan pangkal rahang. Gunakan tudung yang ditarik sejauh mungkin ke belakang dan bertemu di tengkuk agar bahagian rahang tampak terbuka. Untuk mengisi bahagian yang kosong di sebelah kiri dan kanan telinga disarankan menggunakan anak tudung seperti net.

Bagi membolehkan bahagian kening terangkat, gunakan cekak lembut sebelum menggunakan anak tudung. Buat mereka yang mempunyai bentuk muka segi tiga penggunaan selendang bukan satu masalah kerana mereka menghampiri bentuk muka bujur. Bagaimanapun, pastikan cara pemakaian selendang dapat menutupi kekurangan wajah. Paling sesuai adalah gaya pintalan atau gaya sanggul kerana ia dapat membuatkan bahagian rahang tampak lebih terbuka.

Bentuk Muka Bulat

Mereka yang mempunyai bentuk wajah bulat disarankan menggunakan cekak lembut terlebih dulu sebelum memakai anak tudung. Pilih anak tudung diperbuat daripada bahan yang lebih anjal supaya ukuran kepala tidak kelihatan bertambah. Pilih selendang daripada fabrik nipis agar ukuran kepala tidak terlalu kelihatan.

Selendang nipis atau mini sangat sesuai digayakan. Bagaimanapun, disarankan menggunakan anak tudung bawal sebelum mengenakannya agar bentuk muka kelihatan bujur.


TiPs PiLih AnaK tUdUnG.....



                                           
                      
  1. Pastikan anda kenali bentuk wajah anda.Jangan terlalu mengikut trend hingga anak tudung yang dipakai tidak sesuai dikepala anda.
  2. Pilih fabrik yang sesuai seperti cotton kerana ia mampu menyerap peluh dengan baik.Jika lycra, pilih jenis yang bermutu kerana jika tersalah pilih anda akan rasa tidak selesa terutama di bahagian tulang pipi.
  3. Jangan pilih terlalu ketat, ini kerana boleh membuatkan anda rasa sakit dan tidak selesa.Pilih warna yang sesuai dengan selendang.
  4. Jika selendang anda fabriknya licin, pakai anak tudung dari jenis cotton kerana ia mampu 'menjinakkan' selendang yang licin.
  5. Selendang yang jarang harus dipakai bersama inner neck yang mampu melindungi leher anda daripada kelihatan.Dalam bergaya aurat sebagai muslimah juga perlu dijaga.
  6. Untuk tambahan aksesori seperti kerongsang atau pin, pastikan selendang yang digayakan motifnya tidak sarat.
  7. Anak tudung ala turban mampu memberi ilusi bujur buat wajah anda.
  8. Bagi anak tudung yang bercorak, tidak semua orang sesuai.Seelok-eloknya banyakkan anak tudung polos dalam koleksi anda.
  9. Bagi yang gemarkan keceriaan,pelbagai anak tudung yang disertakan dengan pelbagai aksesori juga dapat membangkitkan gaya yang menarik.Apa yang penting,pastikan pemakaiannya bersesuaian dengan anda,majlis dan situasi.

Tips MemBenTuk TuduNg...



          Bagaimana membentuk tudung yang lembut..!!!!!

Tudung yang lembut memang cantik dipakai kerana akan kelihatan terletak elok pada tempatnya dan tidak mengerbang.Contohnya, tudung bawal yang masih menjadi kesukaan sesetengah daripada anda dan tudung jenis shawl yang seperti cendawan tumbuh sekarang ini.

Namun, masalahnya sukar untuk dibentuk dibahagian kepala iaitu di bahagian atas dahi sehingga ia menampakkan muka anda begitu bulat dan menempek di dahi.

Timbul rasa tidak puas hati dan putus asa untuk memakainya kerana pemakaiannya begitu rumit dan mengambil masa yang lama untuk mendapat hasil yang cantik dan kemas.

Bila kita melihat sesetengah orang yang memakainya dengan elok tanpa masalah, pasti hati akan tertanya-tanya, bagaimana mereka boleh pakai elok sahaja. 

Tips tudung kali ini akan memberikan cara yang anda boleh lakukan agar tudung-tudung anda yang lembut dapat dibentuk dengan elok pada wajah anda.

1. Menggunakan LILIN

  • Pernahkah anda terdengar bahawa orang menyapu lilin pada tudung? Jika diingat kembali, anda sendiri atau rakan-rakan sekolah ramai yang pakai tudung herot dan menggelembung semasa zaman persekolahan. Biasanya, golongan pelajar akan menyapu lilin pada tudung putih sekolah mereka.
  • Caranya mudah sahaja iaitu gosok hujung batang lilin dengan perlahan pada tempat yang anda ingin bentukkan. Ia bertujuan untuk mengeraskan tudung yang lembut itu pada bahagian muka sahaja agar anda boleh mendapat bentuk yang tajam bagi yang berwajah bulat dan supaya tudung tersebut tidak jatuh dan menempek didahi anda.
  • Buat sapuan memanjang pada tudung atau shawl tersebut dari bawah leher sehingga hujung dahi.Setelah disapu, gosok dengan sterika dan lilin yang sisapu itu akan cair dan melekat pada kain tudung dan shawl.
  • Ingat! jangan sapu terlalu banyak atau tebal kerana ia akan menampakkan tempekan lilin yang lebih terang daripada warna asal tudung.
  • Bukan itu sahaja, tudung anda juga akan menjadi keras dan lilin sukar untuk ditanggalkan serta sukar hilang jika dibasuh.
  • Cara ini boleh digunakan untuk anda yang mahukan cara murah dan ingin berjimat.
AWAS! HANYA GUNA LILIN PUTIH, BUKAN LILIN WARNA-WARNI YANG DIGUNAKAN SEMASA MENYAMBUT HARI LAHIR ATAU LILIN HIASAN. NANTI TAK PASAL-PASAL TUDUNG ANDA ROSAK,BERWARNA-WARNI PLAK..:)



 2. Menggunakan FABRIC STARCH

  • Biasanya 'fabric Starch' ataupun spray kanji digunakan untuk memudahkan kerja-kerja menggosok pakaian yang banyak kedutan dan sekaligus menjadikan pakaian tampak kemas. Namun, jangan beranggapan 'fabric starch' hanya sesuai digunakan pada pakaian sahaja.
  • Ia juga sebenarnya boleh digunakan pada tudung dan shawl yang ingin dipakai.
  • Caranya sama sahaja, cuma ia lebih mudah dan cepat. Hanya sembur pada bahagian tudung atau shawl yang ingin dibentuk itu dan digosok dengan sterika seperti biasa.
  • Tudung juga tidak kotor dan 'fabric starch' akan hilang setiap kali dibasuh.
  • Melalui cara ini, anda perlu mengeluarkan bajet lebih sedikit berbanding penggunaan lilin, namun tidak menjadi masalah jika anda mahu cepat, mudah dan kelihatan cantik sentiasa.

 

sHawl PiLiHan AnDA..!!!??



              Apakah selendang / shawl pilihan anda



Kewujudan tudung yang semakin berkembang dari masa ke semasa menyebabkan ia satu fenomena yang positif.Jika satu masa dahulu pemakaian tudung bermula dengan pemakaian selendang nipis oleh ibu-ibu. Seterusnya ia berkembang kepada kain Bawal yang mana antara tudung yang paling popular kerana tidak terlalu nipis dan didatangkan dengan warna-warna yang menarik.

Ia beralih ke tudung ber'awning' atau lebih dikenali 'tudung ekspress' kerana mudah dipakai dan digayakan. Fenomena pemakaian tudung lebih berkembang lagi sekarang kepada selendang. Selendang bukan sahaja popular digayakan oleh anak-anak gadis juga kepada mereka yang gemarkan berfesyen mengikut trend masa kini.

Selendang dari jenis apakah menjadi pilihan anda?

Kapas
Sejarah
  • Merupakan Fabrik yang paling banyak digunakan dan terkenal diseluruh dunia.Fabrik lembut ini telah ditanam secara besar-besaran di sekitar Amerika, India dan Afrika. Tumbuhan yang menghasilkan bebola kapas ini akan disemai apabila tiba waktunya. Kemudian, ia diproses menjadi kain terutamanya baju.
Pemakaian
  • Fabrik yang sangat selesa ini mampu menyerap peluh kerana ia tidak terlalu tebal. Selendang kapas sangat sejuk apabila dipakai terutama ketika panas.Cara pemakaiannya juga senang kerana ia mudah terletak di kepala dengan bantuan jarum peniti yang minima. Pelbagai gaya boleh dilakukan sama ada yang ringkas atau pun digubah menjadi pelbagai bentuk. Pasti anda kelihatan menawan.
Pashmina
Sejarah
  • Pashmina sebenarnya berasal daripada perkataan pashm yang biasa digunakan untuk membuat selendang di Himalaya. Ia juga menunjuk kepada jenis kain bulu Cashmereyang terbaik. Kebanyakan kain yang dibuat di India menggunakan fabrik Pashmina. Disebabkan kelembutan,keselesaan dan kehangatannya, fabrik ini mendapat jolokansoft gold of high Asia.
Pemakaian
  • Bagi anda yang mengemari selendang, pashmina merupakan fabrik terbaik dan mudah untuk digayakan. Fabriknya juga tidak panas dan selalunya ia mempunyai bidang yang besar. Oleh itu, anda mempunyai pelbagai cara untuk membuat lilitan. Selendang pashmina yang asli adalah tebal maka lilitan tersebut perlu dikurangkan. Paling penting, ia kelihatan kemas, cantik dan sesuai untuk semua jenis bentuk muka.
Satin
Sejarah
  • Satin adalah sejenis kain yang mewah dan bertekstur licin dan lembut. Bahagian hadapan fabrikini licin dan berkilat, manakala belakang fabrik kelihatan kusam.Dibentuk dari gentian sutera tenunan, tetapi penghasilan yang meluas kini dibuat daripada campuran gentian sutera, poliester, atau rayon.Perkataan satin berasal darinama bandar pelabuhan Cina iaitu Zaitun. Zaitun kini dikenali oleh nama Quanzhou.Artis tekstil China telah lama mencipta satin cantik yang digunakan dalam penghasilanjubah.
Pemakaian
  • Walaupun penggunaan satin lebih banyak digunakan untuk baju pengantin,cadar katil dan sebagainya tetapi dengan kemajuan teknologi sekarang ini boleh dijadikan selendang yang cantik untuk digayakan. Selendang ini agak sukar digayakan kerana anda memerlukan jarum peniti yang banyak kerana ia licin dan mudah beralih arah apabila diletakkan dikepala. Namun, fabriknya yang nipis dan berkilat membuatkan anda berasa sangat selesa.
Denim
Sejarah
  • Kain denim jika dilihat penggunaannya sekarang seolah-olah telah dikhaskan untukpakaian kerja dan casual, kerana ia mempunyai dua ciri penting iaitu ketahanan dankeselesaan. Mendapat nama daripada salah sebuah bandar di Perancis, Nimes. Fabrik denim ini telah digunakan sejak zaman dahulu lagi di Amerika. Ia terkenal sebagai fabrik yang keras dan kasar. Biasanya ia digunakan untuk membuat seluar. 
Pemakaian
  • Penghasilan selendang denim yang telah dicampurkan dengan gentian lain membolehkan ia lembut dan selesa untuk dipakai.Kini, selendang denim terlalu banyak dipasaran dengan rekaan yang menarik. Pemakaian selendang denim membolehkan anda kelihatan cantik dan ranggi apabila memakainya.Ia amat mudah digayakan dan amat sesuai dengan gaya yang biasa dan tidak keterlaluan.Cukup sekadar sekali lilitan sudah boleh membuatkan anda tampil bergaya.
Lycra
Sejarah
  • Lycra adalah jenama yang paling popular dari bahan spandeks yang sering digunakandalam menghasilkan pakaian. Fabrik lycra popular dengan sifatnya yang elastik .Nama lycra terhasil dari nama sejenis fabrik yang digunakan di Britain.
Pemakaian
Oleh kerana sifatnya yang elastik dan tahan lama ia kini direka menjadi selendang.Berbagai rekaan terkini dari anak tudung,tudung ekspress dan selendang. Selendang dari kain lycra lebih mudah digayakan dan kelihatan 'terletak' menutup kepala.

HaNa TaJimA sTyle...

   CaRa PaKAi SeLEnDaNG/ sHawL SepErtI HaNA TajiMA dan YunA          



Hye Hye Hye..
sekarang ni dah macam In Trend je kan pakai loose style shawl ala-ala Hana Tajima dan Yuna???
Kenal tak siapa Hana Tajima? 

haaa... ni lah die..


                                                   
                                                          cute dan cantek kan die? 
dan die sangat bergaya walaupun berhijab :))
*orang cantik pakai apa pun cantek :) *
seorang UK fashion designer , kacukan japanese+British. 

Friday 21 September 2012

TipS mEmiLiH tUduNG..!!!



            Sebagai seorang wanita..kita perlu tahu tip untuk memilih tudung..Antaranya ialah:
   
  • Cari tudung daripada jenis fabrik yang mudah dibentuk seperti kain kapas atau bawal
  • Bagi penggemar tudung kontemporari, pilih fabrik organza untuk lapisan luar jika inginkan sedikit kelainan.
  • Pilih tudung bercorak jika ingin dipadankan bersama baju kurung atau kebaya polos
  • Elakkan daripada memakai tudung yang sedondon dengan warna baju.
  • Bagi  wanita yang ingin tampil muda, pilih tudung bewarna cerah misalnya merah jambu,biru muda dan kuning.Warna ini menampakkan anda seorang yang ceria dan berkeyakinan
  • Elakkan memakai tudung rona kusam kerana ia menampakkan anda tampak berusia.

       

Wednesday 19 September 2012

Perlu Tahu Pilih Tudung?????...




    


      hye u all...ari ni saya nak kongsi dengan anda semua tentang pemilihan tudung @ shawl...pemilihan tudung   memainkan peranan yang penting untuk menyerlahkan gaya si pemakainya...biarpun pakaian cantik yang kita pakai,tudung yang tidak bersesuain pasti membuatkan penampilan kelihatan pelik..kita harus bijak dalam memilih warna,fabrik dan corak tudung atau shawl sbelum di gayakan.....contohnya..sekiranya kita pakai baju yang bercorak, kita haruslah memilih tudung @shawl yang polos supaya kombinasi antara baju dan tudung itu bersesuaian dan memastikan penampilan nampak cantik dan tidak terlalu sarat...

   Selain itu, kita juga harus melihat jenis atau warna kulitb supaya tudung yang dipakai menambahkan seri pada wajah si pemakai....bagi mereka yang memiliki kulit cerah, pilihan warna terang tampak sesuai manakala mereka yang berkulit sawo matang, rona semula jadi dapat menambah keanngunan wanita.Tidak ketinggalan, pemilihan tudung juga harus dilihat pada solekan untuk tampil terus menarik 





shalw....



fesyen..!!!!!!!!!!!!..ape yang kita tahu tentang fsyen????...ramai yang tidak tahu golongan yang pakai tudung jgak bole berfesyen,,,banyak caranya..haaa nak tau ape dia...tguuuu...ape yang saya ingin kongsikan di sini adalah fesyen tudung atau shawl yang menjadi trend remaja muslimah di negara kita ini...

     Fesyen shawl pada masa kini semakin popular di kalangan wanita terutama remaja..hal ini kerana remaja pada masa kini sentiasa mengikuti perkembangan fesyen mengikut peredaran zaman..kita jangan ingat wanita yang bertudung tidak boleh berfesyenn....salah tanggapan itu....wanita bertudung boleh kelihatan cantik sekiranya kita pandai menggayakan fesyen tudung mengikut kreativiti dan peredaran fesyen masa kini.,,,,wanita selalu beranggapan bahawa pemakaian shawl ini adalah sesuatu yang merumitkan..tetapai bagi saya ia adalah satu kepuasan yang menjadikan diri saya lebih berkeyakinan..