Saturday 22 September 2012

sHawl PiLiHan AnDA..!!!??



              Apakah selendang / shawl pilihan anda



Kewujudan tudung yang semakin berkembang dari masa ke semasa menyebabkan ia satu fenomena yang positif.Jika satu masa dahulu pemakaian tudung bermula dengan pemakaian selendang nipis oleh ibu-ibu. Seterusnya ia berkembang kepada kain Bawal yang mana antara tudung yang paling popular kerana tidak terlalu nipis dan didatangkan dengan warna-warna yang menarik.

Ia beralih ke tudung ber'awning' atau lebih dikenali 'tudung ekspress' kerana mudah dipakai dan digayakan. Fenomena pemakaian tudung lebih berkembang lagi sekarang kepada selendang. Selendang bukan sahaja popular digayakan oleh anak-anak gadis juga kepada mereka yang gemarkan berfesyen mengikut trend masa kini.

Selendang dari jenis apakah menjadi pilihan anda?

Kapas
Sejarah
  • Merupakan Fabrik yang paling banyak digunakan dan terkenal diseluruh dunia.Fabrik lembut ini telah ditanam secara besar-besaran di sekitar Amerika, India dan Afrika. Tumbuhan yang menghasilkan bebola kapas ini akan disemai apabila tiba waktunya. Kemudian, ia diproses menjadi kain terutamanya baju.
Pemakaian
  • Fabrik yang sangat selesa ini mampu menyerap peluh kerana ia tidak terlalu tebal. Selendang kapas sangat sejuk apabila dipakai terutama ketika panas.Cara pemakaiannya juga senang kerana ia mudah terletak di kepala dengan bantuan jarum peniti yang minima. Pelbagai gaya boleh dilakukan sama ada yang ringkas atau pun digubah menjadi pelbagai bentuk. Pasti anda kelihatan menawan.
Pashmina
Sejarah
  • Pashmina sebenarnya berasal daripada perkataan pashm yang biasa digunakan untuk membuat selendang di Himalaya. Ia juga menunjuk kepada jenis kain bulu Cashmereyang terbaik. Kebanyakan kain yang dibuat di India menggunakan fabrik Pashmina. Disebabkan kelembutan,keselesaan dan kehangatannya, fabrik ini mendapat jolokansoft gold of high Asia.
Pemakaian
  • Bagi anda yang mengemari selendang, pashmina merupakan fabrik terbaik dan mudah untuk digayakan. Fabriknya juga tidak panas dan selalunya ia mempunyai bidang yang besar. Oleh itu, anda mempunyai pelbagai cara untuk membuat lilitan. Selendang pashmina yang asli adalah tebal maka lilitan tersebut perlu dikurangkan. Paling penting, ia kelihatan kemas, cantik dan sesuai untuk semua jenis bentuk muka.
Satin
Sejarah
  • Satin adalah sejenis kain yang mewah dan bertekstur licin dan lembut. Bahagian hadapan fabrikini licin dan berkilat, manakala belakang fabrik kelihatan kusam.Dibentuk dari gentian sutera tenunan, tetapi penghasilan yang meluas kini dibuat daripada campuran gentian sutera, poliester, atau rayon.Perkataan satin berasal darinama bandar pelabuhan Cina iaitu Zaitun. Zaitun kini dikenali oleh nama Quanzhou.Artis tekstil China telah lama mencipta satin cantik yang digunakan dalam penghasilanjubah.
Pemakaian
  • Walaupun penggunaan satin lebih banyak digunakan untuk baju pengantin,cadar katil dan sebagainya tetapi dengan kemajuan teknologi sekarang ini boleh dijadikan selendang yang cantik untuk digayakan. Selendang ini agak sukar digayakan kerana anda memerlukan jarum peniti yang banyak kerana ia licin dan mudah beralih arah apabila diletakkan dikepala. Namun, fabriknya yang nipis dan berkilat membuatkan anda berasa sangat selesa.
Denim
Sejarah
  • Kain denim jika dilihat penggunaannya sekarang seolah-olah telah dikhaskan untukpakaian kerja dan casual, kerana ia mempunyai dua ciri penting iaitu ketahanan dankeselesaan. Mendapat nama daripada salah sebuah bandar di Perancis, Nimes. Fabrik denim ini telah digunakan sejak zaman dahulu lagi di Amerika. Ia terkenal sebagai fabrik yang keras dan kasar. Biasanya ia digunakan untuk membuat seluar. 
Pemakaian
  • Penghasilan selendang denim yang telah dicampurkan dengan gentian lain membolehkan ia lembut dan selesa untuk dipakai.Kini, selendang denim terlalu banyak dipasaran dengan rekaan yang menarik. Pemakaian selendang denim membolehkan anda kelihatan cantik dan ranggi apabila memakainya.Ia amat mudah digayakan dan amat sesuai dengan gaya yang biasa dan tidak keterlaluan.Cukup sekadar sekali lilitan sudah boleh membuatkan anda tampil bergaya.
Lycra
Sejarah
  • Lycra adalah jenama yang paling popular dari bahan spandeks yang sering digunakandalam menghasilkan pakaian. Fabrik lycra popular dengan sifatnya yang elastik .Nama lycra terhasil dari nama sejenis fabrik yang digunakan di Britain.
Pemakaian
Oleh kerana sifatnya yang elastik dan tahan lama ia kini direka menjadi selendang.Berbagai rekaan terkini dari anak tudung,tudung ekspress dan selendang. Selendang dari kain lycra lebih mudah digayakan dan kelihatan 'terletak' menutup kepala.

No comments:

Post a Comment