Saturday 22 September 2012

Tips MemBenTuk TuduNg...



          Bagaimana membentuk tudung yang lembut..!!!!!

Tudung yang lembut memang cantik dipakai kerana akan kelihatan terletak elok pada tempatnya dan tidak mengerbang.Contohnya, tudung bawal yang masih menjadi kesukaan sesetengah daripada anda dan tudung jenis shawl yang seperti cendawan tumbuh sekarang ini.

Namun, masalahnya sukar untuk dibentuk dibahagian kepala iaitu di bahagian atas dahi sehingga ia menampakkan muka anda begitu bulat dan menempek di dahi.

Timbul rasa tidak puas hati dan putus asa untuk memakainya kerana pemakaiannya begitu rumit dan mengambil masa yang lama untuk mendapat hasil yang cantik dan kemas.

Bila kita melihat sesetengah orang yang memakainya dengan elok tanpa masalah, pasti hati akan tertanya-tanya, bagaimana mereka boleh pakai elok sahaja. 

Tips tudung kali ini akan memberikan cara yang anda boleh lakukan agar tudung-tudung anda yang lembut dapat dibentuk dengan elok pada wajah anda.

1. Menggunakan LILIN

  • Pernahkah anda terdengar bahawa orang menyapu lilin pada tudung? Jika diingat kembali, anda sendiri atau rakan-rakan sekolah ramai yang pakai tudung herot dan menggelembung semasa zaman persekolahan. Biasanya, golongan pelajar akan menyapu lilin pada tudung putih sekolah mereka.
  • Caranya mudah sahaja iaitu gosok hujung batang lilin dengan perlahan pada tempat yang anda ingin bentukkan. Ia bertujuan untuk mengeraskan tudung yang lembut itu pada bahagian muka sahaja agar anda boleh mendapat bentuk yang tajam bagi yang berwajah bulat dan supaya tudung tersebut tidak jatuh dan menempek didahi anda.
  • Buat sapuan memanjang pada tudung atau shawl tersebut dari bawah leher sehingga hujung dahi.Setelah disapu, gosok dengan sterika dan lilin yang sisapu itu akan cair dan melekat pada kain tudung dan shawl.
  • Ingat! jangan sapu terlalu banyak atau tebal kerana ia akan menampakkan tempekan lilin yang lebih terang daripada warna asal tudung.
  • Bukan itu sahaja, tudung anda juga akan menjadi keras dan lilin sukar untuk ditanggalkan serta sukar hilang jika dibasuh.
  • Cara ini boleh digunakan untuk anda yang mahukan cara murah dan ingin berjimat.
AWAS! HANYA GUNA LILIN PUTIH, BUKAN LILIN WARNA-WARNI YANG DIGUNAKAN SEMASA MENYAMBUT HARI LAHIR ATAU LILIN HIASAN. NANTI TAK PASAL-PASAL TUDUNG ANDA ROSAK,BERWARNA-WARNI PLAK..:)



 2. Menggunakan FABRIC STARCH

  • Biasanya 'fabric Starch' ataupun spray kanji digunakan untuk memudahkan kerja-kerja menggosok pakaian yang banyak kedutan dan sekaligus menjadikan pakaian tampak kemas. Namun, jangan beranggapan 'fabric starch' hanya sesuai digunakan pada pakaian sahaja.
  • Ia juga sebenarnya boleh digunakan pada tudung dan shawl yang ingin dipakai.
  • Caranya sama sahaja, cuma ia lebih mudah dan cepat. Hanya sembur pada bahagian tudung atau shawl yang ingin dibentuk itu dan digosok dengan sterika seperti biasa.
  • Tudung juga tidak kotor dan 'fabric starch' akan hilang setiap kali dibasuh.
  • Melalui cara ini, anda perlu mengeluarkan bajet lebih sedikit berbanding penggunaan lilin, namun tidak menjadi masalah jika anda mahu cepat, mudah dan kelihatan cantik sentiasa.

 

No comments:

Post a Comment