Saturday 22 September 2012

TiPs PiLih AnaK tUdUnG.....



                                           
                      
  1. Pastikan anda kenali bentuk wajah anda.Jangan terlalu mengikut trend hingga anak tudung yang dipakai tidak sesuai dikepala anda.
  2. Pilih fabrik yang sesuai seperti cotton kerana ia mampu menyerap peluh dengan baik.Jika lycra, pilih jenis yang bermutu kerana jika tersalah pilih anda akan rasa tidak selesa terutama di bahagian tulang pipi.
  3. Jangan pilih terlalu ketat, ini kerana boleh membuatkan anda rasa sakit dan tidak selesa.Pilih warna yang sesuai dengan selendang.
  4. Jika selendang anda fabriknya licin, pakai anak tudung dari jenis cotton kerana ia mampu 'menjinakkan' selendang yang licin.
  5. Selendang yang jarang harus dipakai bersama inner neck yang mampu melindungi leher anda daripada kelihatan.Dalam bergaya aurat sebagai muslimah juga perlu dijaga.
  6. Untuk tambahan aksesori seperti kerongsang atau pin, pastikan selendang yang digayakan motifnya tidak sarat.
  7. Anak tudung ala turban mampu memberi ilusi bujur buat wajah anda.
  8. Bagi anak tudung yang bercorak, tidak semua orang sesuai.Seelok-eloknya banyakkan anak tudung polos dalam koleksi anda.
  9. Bagi yang gemarkan keceriaan,pelbagai anak tudung yang disertakan dengan pelbagai aksesori juga dapat membangkitkan gaya yang menarik.Apa yang penting,pastikan pemakaiannya bersesuaian dengan anda,majlis dan situasi.

No comments:

Post a Comment